Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Asyik Pendek Aje Yang Cakap, Sekarang Panjang Pula Nak Kata

Mula-mula sekali saya perkenalkan diri saya dulu sebagai muqadimah dalam blog pertama yang saya betul-betul serius dan dengan penuh tekad nak pastikan blog ni terus kekal maju, hebat, dan diminati ramai. PANJANG KATA, wuisshh HAIBAT lar Brother!..

Al-Maklum, nama saya KhaizHalimi. Umurnya rahsia, tempat tinggalnya rahsia, berat badannya rahsia, ishh kalau semua dah rahsia benda apa yang bukan rahsia. Ha... ni yang nak cerita ni. Hidup saya macam orang-orang biasa juga la. Tamat pengajian di Sekolah Menengah ( STPM ) terus ada waktu luang untuk buat kerja sambilan. Bagi saya kerja yang dipilih ialah Brother (Abang-abang:- Bukan abang gangster...) Murabbi. Murabbi ni kerja dia jaga bebudak asrama sekolah dan pastikan diorang punya hal ehwal terjaga dan terjamin. Dah macam bodyguard yer...