Skip to main content

YJS teringin nak ada anak perempuan

Salam muhibbah saya ucapkan
Salam diberi dengan indah
sentiasalah solat itu dilakukan
supaya urusanku menjadi mudah

Assalamualaikum w.r.b

"Aku teringin mendapatkan anak perempuan..." itu ialah ayat yang diucapkan Yoo Jae Suk ketika penggambaran rancangan The Infinity Challenge ( TIC ) episod terbaru yang bertemakan Hari Penjagaan Kanak-Kanak. YJS menyatakan hal ini selepas dia menerima bantuan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ha Yool dalam rancangan tersebut. YJS berasa kekok apabila menjadi pekerja di Taska kanak-kanak apabila seorang kanak-kanak menangis dengan kuat, nasib baik Ha Yool, 4 tahun datang menolong dan meminta YJS tisu. YJS beranggapan Ha Yool akan menggunakan tisu itu untuk dirinya sendiri, YJS tersentuh apabila Ha Yool mengelap air mata kanak-kanak menangis tersebut.



Ha Yool terus menolong YJS dalam pekerjaannya menjaga kanak-kanak lain, mereka mulai rapat ketika bersama dan saling tolong menolong. " Kamu memang banyak tolong saya hari ni.." ucap YJS. Setelah semua kanak-kanak pulang, YJS dan Ha Yool masih menunggu ibunya untuk dijemput pulang. Ha Yool membisikkan ke telinga YJS sesuatu seolah-olah mereka berkongsi rahsia yang besar. Bila Ha Yool ingin pulang, YJS tidak dapat menahan sedihnya untuk berpisah dengan Ha Yool, dia memintanya untuk memeluk YJS dan Ha Yool melakukannya disertai dengan ciuman di pipi YJS. Sejurus selepas  itu, YJS mengucapkan " Aku teringin nak dapatkan anak perempuan..." maka bermulalah kisah seorang ayah yang bakal berusaha untuk mendapatkan anak perempuan.

(Si PANJANG menangis terharu tersedu sedan menahan sedih melihat babak perpisahan mereka... woi kau jangan kacau aku layan perasaan ni... Si PANJANG kata..)

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Kerja Kursus Kesusteraan Melayu Komunikatif Penggal 3

Menjelang Penggal 3 buat pelajar STPM setiap tahun, antara kerja kursus yang paling mudah tetapi sukar difahami pelajar bagaimana cara untuk membuat persembahan multimedia yang baik. Jadi Si Pendek akan berkongsi sedikit mengenai kerja kursus ini. MULTIMEDIA DALAM KESUSTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF HASIL PEMBELAJARAN  Pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep,fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera. 2. Menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.     Contoh Persembahan Multimedia menggunakan Powerpoint Ini ialah hasil terbaik pelajar STPM 2014 jadi gunakan sebagai panduan dalam menghasilkan multimedia anda. http://www.mediafire.com/download/4px7ts59th6b19h/

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim... ....بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.... Assalamualaikum W.R.T Sahabat... KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...  Sebelum ni saya dah ceritakan mengenai sebab dan penyebab saya menulis blog ni dan yang seangkatan dengannya. Salah satu sebab yang saya utarakan ( Si PANJANG tanya, sebab apa tak ditimurkan ker? dibaratkan ker tapi diutarakan... ada sesiapa yang boleh jawab?) termasuklah nak berkongsi tips untuk belajar.  Okeylah, sedikit kisah tentang peribadi ( Profile bak Kata Si PANJANG versi Orang Putih ) saya. Saya bukanlah budak yang terpandai atau terbijak (Mahupun yang terkacak... ) ketika menuntut di Sekolah dahulu. Ponteng sekolah macam orang lain juga, malas turun kantin waktu rehat macam orang lain juga, PANJANG KATA " I'm not different from others, but i'm different from someone " ( Ni pun Si PANJANG versi

TIPS NAK LULUS MUET SPEAKING TEST!

Assalamualaikum, baru-baru ni Khaiz ada post entry pasal MUET, boleh tengok di  SINI . Adalah seorang hamba Allah yang cantik comel kiut miut bertanya tentang tips tambahan untuk Speaking Test. Oklah Cik Adik RA IHANAH oiii, Khaiz akan jawab soalan bernas tu... untuk pengetahuan korang, MUET exam ni ada 4 Part.. Speak, Read,Listen dan Write. Test pertama MUET selalunya mestilah bahagian SPEAKING. So, How to pass this test? SPEAKING TEST: Speaking test ada dua part, first ialah Individual Task ( TASK A ). Examiner akan bagi soalan dan korang akan jawab sorang2 tanpa ada gangguan orang lain... ( OF COZ DALAM BI KAN.... ) Untuk task A: untuk kita faham lagi cara test ni dilakukan, posisi calon dan pemeriksa ialah seperti ini,