Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

KORANG KALAU KAKI DOWNLOAD SELALUNYA DOWNLOAD GUNA APA?

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...



KORANG KALAU KAKI DOWNLOAD SELALUNYA DOWNLOAD GUNA APA?



SEBELUM AKU MENULIS CATATAN NI AKU NAK BAGITAU SIKIT, Khaiz cuti hari ni sebab dia ada kerja sikit. Sikit kah, banyak kah aku pun tak tahu lah... So, hari ni Aku (Si PANJANG ) akan menggantikan penulis blog asal ni.... Aku pun tak tahu lah catatan aku ni menarik ker tidak, tapi kalau korang dah baca maksudnya memang menarik lah kan...kan..kan... ( Cewah Perasan Sendirian )

CERITA LAWAK YANG BUAT SAYA BERFIKIR ...

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...







CERITA LAWAK YANG BUAT SAYA BERFIKIR  ...

   Hmmmnnn... dah dekat pukul 12 malam, rasanya hari ni saja saya dah post 4 catatan dan tak pula rasa bosan mahupun mengantuk. Alang-alang dah menulis tak boleh nak tinggal setengah jalan sebab menulis ni ada Aura ( Ohhh... kau cakap tentang air Aura ke? aku dah guna bagus jugak air tu... Kata Si PANJANG ) tersendiri. Begitu juga bagi yang suka membaca, menunggang kuda, menarik tali rafia mahupun memecut KERETA CONTROL F1 JENAMA BOBOYA ADUDUYA. Semuanya ada Aura tersendiri yang membuatkan penggemarnya ( Aku gemarkan SUSU TIN cap DAIRY MILK disukai ramai lemak berkrim ) tak bosan dan mahupun membosankan diri sendiri.

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" BAHASA INGGERIS DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANGKATAN DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...



 CARA SKOR "A" BAHASA INGGERIS DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANGKATAN DENGANNYA...     Selalunya kalau saya pergi cinema, cerita orang putih selalunya memang antara yang saya pasti tengok. Tapi seumur hidup saya hanya 3 kali saja pergi cinema layan movie. First time masa tingkatan 5 kat sebuah mall di utara tanah air. Time tu cerita yang top ialah AVATAR, ( "Impian aku nak jadi Biru macam Smurf hahahahaha" kau la Si PANJANG, macam dah tak ada impian lain... ) memang best layan movie orang putih ni. Tapi masa tu saya dan kawan-kawan yang pergi cinema tu tersilap beli tiket cinema yang tak ada Subtittle BM. Saya masa tu tak lah pandai sangat Bahasa Inggeris ni. Tapi bayangkanlah setiap bahagian yang ada dialog Si PANJANG ni tak habis-habis suruh saya terjemahkan untuk dia. ( Kau ingat aku ni buta Inggeris sangat ker Khai…

KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...



KORANG NAK TAHU CARA SKOR "A" SEJARAH DALAM STPM, SPM ATAUPUN YANG SEANTERO DENGANNYA...
 Sebelum ni saya dah ceritakan mengenai sebab dan penyebab saya menulis blog ni dan yang seangkatan dengannya. Salah satu sebab yang saya utarakan ( Si PANJANG tanya, sebab apa tak ditimurkan ker? dibaratkan ker tapi diutarakan... ada sesiapa yang boleh jawab?) termasuklah nak berkongsi tips untuk belajar. 
Okeylah, sedikit kisah tentang peribadi ( Profile bak Kata Si PANJANG versi Orang Putih ) saya. Saya bukanlah budak yang terpandai atau terbijak (Mahupun yang terkacak... ) ketika menuntut di Sekolah dahulu. Ponteng sekolah macam orang lain juga, malas turun kantin waktu rehat macam orang lain juga, PANJANG KATA " I'm not different from others, but i'm different from someone " ( Ni pun Si PANJANG versi Orang Putih juga ).

ASYIK PENDEK JA, HA SEKARANG PANJANG NAK KATA PULAK

Bismillahirrahmannirrahim...

....بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Assalamualaikum W.R.T Sahabat...




Asyik Pendek Aje Yang Cakap, Sekarang Panjang Pula Nak Berkata-Kata...

Mula-mula sekali saya perkenalkan diri saya dulu sebagai muqadimah dalam blog pertama yang saya betul-betul serius dan dengan penuh tekad nak pastikan blog ni terus kekal maju, hebat, dan diminati ramai. PANJANG KATA, wuisshh HAIBAT lar Brother!..

Al-Maklum, nama saya KhaizHalimi. Umurnya rahsia, tempat tinggalnya rahsia, berat badannya rahsia, ishh kalau semua dah rahsia benda apa yang bukan rahsia. Ha... ni yang nak cerita ni. Hidup saya macam orang-orang biasa juga la. Tamat pengajian di Sekolah Menengah ( STPM ) terus ada waktu luang untuk buat kerja sambilan. Bagi saya kerja yang dipilih ialah Brother (Abang-abang:- Bukan abang gangster...) Murabbi. Murabbi ni kerja dia jaga bebudak asrama sekolah dan pastikan diorang punya hal ehwal terjaga dan terjamin. Dah macam…